Long short story , aku tak nak melalut banyak sangat . So, hari Rabu yang indah tu aku , adik , umi and abah pergi lah KPJ TAWAKKAL SIGHT CENTRE KUALA LUMPUR . Aku fokuskan hospital ini , bukan muhaya ke uia kuantan ke Tun Husin , so if u guys tanya others places boleh usha sendiri , jangan tanya aku & if i not mistaken muhaya starting Rm8k-Rm12 . Tun Husin On(gomen)start RM8K jugak so survey lah sendiri deh.
and kalau korang nak tahu (tak nak tahu sudah) plan asal memang bukan nak buat kat sini pon .Pergi kpj tu pun cuma nak check up bahawasanya mata aku ni layak ke tak buat lasik sebab nak report result tu untuk aku operate dekat satu tempat rahisa ! oh ya , kalau korang nak checkup mata nak tahu mata korang boleh buat lasik ke tak make sure pergi dekat klinik/hospital yang ada operate untuk lasik . klinik pakar mata pon tak boleh kecuali kalau dia memang ade khas untuk lasik . mostly klinik pakar mata ni banyak untuk rawatan katarak instead lasik sebab sebelum kitorang perg kpj tu kitorang pergi klinik pakar mata , macam yang aku cakap aku cuma nak report je bukan nak operate pon , ingatkan boleh ler check up mana-mana klinik pakar mata rupanya tak . paham dok ? kalau tak paham baca sampai paham .
so harga check up lasik RM309 seorang ! check up saja ye bukan deposit operate , agak mahal la kot disitu tapi serius puas hati . dengan layanan , explanation perhh tip top 10 bintang aku kasi . Rm618 untuk check up lasik aku and adik sangat worth sampai tak terasa langsung mahal tu . serius ! masa ni la aku mula terharu dengan umi. sobs sobs . masa ni jugak la aku berazam nak kaya HAHA so that tak payah pergi hospital gomen dah . KAHKAH . lepas siap semua step step dia , baru lah dia explain . oh btw , baru lah aku tahu kenapa tak boleh check mana-mana klinik sebab lasik ada alatan canggih dia bukan boleh check mana2 klinik jeww . owhhhhhh . *sambil angguk tanda paham
lepas diexplain secara details - aku tak ingat sangat - aku fokuskan rawatan aku je - sory tak membantu LOL .so jom aku pergi satu persatu , lasik ni dia ada 4 jenis kaedah rawatan , matlamat dia sama untuk menghilangkan rabun dan boleh melihat dunia dengan jelas tanpa sebarang alatan . BEZA dia cuma cara rawatan , harga & kesan kepantasan selepas operate. cewah . ni umum la . nak lebih terperinci hangpa cpergi jumpa doktor , aku da lah ingat-ingat lupa . KAH . so ini dia 4 jenis lasik surgery tadaaaaaa :
1 . ASA (ADVANCED SURFACE ABLATION) yang ni kaedah paling "tradisional" , and seksa sikit la lepas operate tu, seksa dia nanti aku terang.
2 . aku lupa HAHA . bengong kan !
3 . lupa jugak nama full *double bengong HAHA . tapi doktor panggil kaedah pisau , seram dok ? dah boleh agak tak kene potong . kihkih
4. ReLEx SMILE , nama pon dah canggih kemain relazzz and smile ,kaedah paling latest baru keluar dunia , tak sakit langsung . lepas operate tu ko boleh tengok 95% dunia . harga RM12K , sekarang ada promo . RM10K sampai bulan Mac . omboi ! cara rawatan dia cuma laser dua kali takde potong2 !
kaedah 1-3 memang ada kaitan dengan potong2 kecuali 4, just laser 2 kali pastu ko boleh tengok dunia dengan gumbira . and kesemua operate tu tak lama within 15 minit jewwwww n tak sakit tak rasa pape pon . So RM12K selama 15minit engko rasa . bab kata kawan aku baik aku kahwin 4 . HAHAHAHA malaysia oh malaysia *tetiba je . potong yang aku maksudkan ni potong cornea then laser tau ! bukan belah dua biji mata kau . eh eh
aku rasa FEMTO tu kategori rawatan 2&3 HAHA
so lepas MA tu terang habis dia pon cakap la result kitoramg . alhamdulillah semua layak untuk lasik LOL TAPIII sadly nak cakapppp !!! punya la teruk rabun aku macam nenek , keempat2 kaedah tu aku cuma layak 1 jeeeeee option ! yang paling klasik pulaak tu , korang mesti dah boleh agak , ini sebab ada kaitan dengan power , kalau power tinggi sangat macam aku ASA je la yang mampu tolong , adik aku ??? dengan slumber nya ma cakap dia boleh pilih mana-mana 4 kaedah yang dia nak . tagune btol HAHA . so opkos la diorang akan suggest relex smile , hmmm adik aku diketepikan memang sah dia akan operate dekat tempat "rahsia tersebut" , so paling afdol aku ni kene dapat rawatan secepat mungkin , fikir punya fikir umi suruh buat je la dekat kpj tawakal . sebenarnya nak buat terus tapi ayah aku tak dapat parking so buat esok tu ler and dalam proses perbincangan jugak la. haha
SKIP SKIP STORY , alhamdulillah pembedahan berjalan lancar . memang nebes memang takut , but dont worry depa memang pakar lah , dari preparation sampai habis operate . layanan dia masha allah A+ aku bagi . bagus betol . owh ya , sebelum operate kene bayar full dulu ye bukan operate baru bayar , ASA murah sikit la total RM6090 and tolak RM309 check up lasik aritu sebab dia pakej sekali . katanya promo . part bayar ni pon tacink jugak . sedih btol part umi kasi duit suruh aku bayar . masa ni lah aku berazam nak jadi anak yang baik , aminnn . bergenang jugak weyh air mata aku .dengan duit setebal tu lesap gitu semata-mata untuk aku . ko rasaaaaaaaa . *lap hingus
macam yang aku cakap ASA sakit sikit , masa operate tak sakit ye tak rasa pape , cuma part ko nampak cornea ko kene potong bertabah sikit lah part tu , seriauuu doeh , macam tengok tv je sebab tak rasa pape padahal mata aku tu woiiii HAHA . dia potong , dia bukak , dia laser , dia tutup/gam balik cornea then letak lens . siapppppppp !!tak paham eh ? tengok la youtub0-. -_- . lepas operate tu seperti sedia maklum akan pedih sikit , dr cakap sikit macam tumbuk bawang . aku rasa bukan sikit dah macam cili api kene selek kat mata aku . bapak pedihh seksa sakitt oiii , air mata memang keluar sendiri and mata merah2 . ITU NORMAL korang jangan cuak plak . paling lama seksa ni 2hari je then ok lah after that . lepas kau setel je operate , 7 hari ni perit sikit , nanti dia bagitahu rules yang tak boleh buat . selama 7 hari ni , mata korang tak boleh kena air , asap atau benda2 yang ada bakteria . tidur pon die bagi macam "shield" so selama tu ko kene pakai kalau nak tidur .Lepas 7 hari datang lagi check up untuk follow up , lepas tu sebulan,2 bulan,lepas tu setahun ,lepas tu entah laaaa , macam banyak je lagi yang pasti ubat dia tukar-tukar . aku pon gigih lah dari ganu nak ke kl sokmo . sobs ! so apa lagi eh . tu je la kot . aku harap penerangan aku jelas sejelas cintaku padamu . chia chin chow -_-
fresh lagi baru lepas operate . disarankan pakai rayban 3 bulan terbaik untuk kerja outdoor
excuse my mok mok face , DR AZLINA sangatttttttttttttt BAIK !
Ni ubat pertama aku dapat 1 drop setiap sejam , nanti folow up lasik makin banyak ubat baru
NOTA KAKI ; ni aku sarankan bagi yang ada impian nak buat lasik : kalau korang power tinggi better kene pergi cepat , power aku both 750 , tinggi gila kan , nasib lah dapat ASA , setengah orang ada je tak lepas langsung kesian kan ! esp yang power ribu-ribu . lekaih2 okayy . ye lah duit hal lain tapi usaha la ye . aku ni pon ihsan umi aku . and tak sangka rezeki aku dapat awal macam ni . pape pon alhamdulillah . and kalau nak murah buat dekat uia kuantan within RM3500 je both eyes :)
OWH YA sebelum aku lupa , ASA ni lambat sikit healing dia nak nampak jelas 100% paling lama 3 bulan kalau relex smile tu sattt jaaa. tapi lepas operate tu tak payah pakai spec dah sebab nampak je cuma tak nampak clear sangat lah . ok tu jeee . seharian aku tulis ni . HAHA . anything tak paham kurang jelas pm i ok !
selpie kit ! omg ! mok nyewww . TAK RINDU SPEC TAK RINDU LENS
atyrah hardy no more rabun
xoxo
thank you for reading :)